Toko buku terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam di Kampong Gelam, Wardah Books, telah berjaya melanjutkan tempoh sewanya di 58 Bussorah Street buat tiga tahun lagi, dedah pemiliknya, Encik Ibrahim Tahir.
Ini selepas toko buku itu sebelumnya menghadapi ketidakpastian dalam nasibnya bertahan di kawasan bersejarah itu, dengan Encik Ibrahim cuba mendapatkan jaminan sepanjang lima minggu lalu untuk terus kekal di lokasi...





