Berita Harian (BH) mengetengahkan dua karya seni awam sempena Kempen GiraffeSG@Central, anjuran Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore, oleh artis daripada latar belakang berbeza. Kerja seni itu mengajak masyarakat agar lebih prihatin, bersifat terangkum dan berani tampil membantu orang lain dalam kehidupan seharian.
Bagi artis veteran dan pengasas syarikat kesenian, Kamal Arts Limited, Kamal Dollah, sebuah bangku seni awam berbentuk...





