WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, pada 29 Januari mengancam tarif baru ke atas negara yang membekalkan minyak kepada Cuba, sekali gus meningkatkan kempen tekanan terhadap pulau yang ditadbir pihak komunis itu.
Langkah itu, yang dibenarkan oleh perintah eksekutif di bawah satu deklarasi darurat negara, tidak menyatakan sebarang kadar tarif atau menyatakan mana-mana negara yang produknya boleh menghadapi tarif...





