Edisi keempat pesta buku ‘Kids Bookfest’, anjuran The Safaa Safiyyah Publication, menampilkan buku dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab, termasuk tema Islam.
Kanak-kanak boleh mengikuti sesi penceritaan dan kraf, manakala ibu bapa berpeluang menghadiri sesi keibubapaan seperti ceramah tentang Ujian Kemasukan Madarasah (MET).





