Kefasihan bertutur dalam bahasa Mandarin ternyata menjadi kelebihan luar biasa buat pelakon Razzuan Rosli, 35 tahun, sehingga menarik lebih ramai pelanggan termasuk dari Singapura ke gerai air jus milik keluarganya di beberapa pasar malam sekitar Johor Bahru.
Razzuan berkata hampir separuh pelanggan beliau, terutama di Pasar Malam Permas Jaya setiap Ahad adalah warga Singapura yang datang semata-mata untuk membeli minuman...





