Usaha merapatkan jurang antara rakyat Singapura dengan warga baru bukan sahaja memerlukan kita untuk mengenal pasti perbezaan yang ada, tetapi juga meluaskan persamaan dikongsi. Langkah tersebut semakin penting, lebih-lebih lagi untuk mengekalkan teras kewarganegaraan Singapura.
Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, semasa sesi dialog ‘Singapore Perspectives 2026: Persaudaraan’ anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) pada 26 Januari.





