KUALA LUMPUR – Satu video yang memaparkan seorang penjual nasi lemak di Kampong Bahru, Kuala Lumpur menjadi tular di TikTok, meraih hampir satu juta tontonan, susulan keupayaan beliau bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih ketika menyambut pelancong dari Canada.
Video berkenaan mencuri perhatian netizen yang bukan sahaja terhibur, malah berasa bangga melihat kebolehannya menerangkan tentang nasi lemak kepada pelancong asing.





