JAKARTA: Keputusan pemerintah Indonesia untuk menyekat sementara Grok, sebuah sistem kecerdasan buatan (AI) yang beroperasi di platform X (dahulunya Twitter), menandakan peralihan penting dalam pendekatan negara itu terhadap tadbir urus teknologi digital.
Langkah yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Informasi dan Hal Ehwal Digital, Cik Meutya Hafid, pada 10 Januari lalu bukan sekadar tindakan pentadbiran biasa, tetapi mencerminkan kebimbangan mendalam terhadap...





