Meskipun sudah meninggalkan bangku sekolah sekitar dua dekad lalu ketika di menengah satu, Faiz (bukan nama sebenar), 33 tahun, seorang banduan, bertekad bulat untuk kembali belajar dan mengambil peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ sambil menjalani hukuman penjara.
Tanpa diduganya, beliau meraih empat gred A bagi Bahasa Inggeris, Prinsip Perakaunan (POA), Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu, hasil Program Akademik,...





