WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, sekali lagi mencetuskan ketegangan diplomatik apabila mendakwa bahawa kegagalannya memenangi Hadiah Nobel Keamanan menjadi antara sebab beliau kini bertegas mahu mengambil alih Greenland.
Dakwaan itu terkandung dalam satu mesej teks yang dihantar Encik Trump kepada Perdana Menteri Norway, Encik Jonas Gahr Store, pada hujung minggu lalu, seperti disahkan oleh pejabat perdana menteri Norway...





