Panglima Angkatan Bersenjata Diraja Thailand (RTARF) Jeneral (GEN) Ukris Boontanondha mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 15 Januari.
Dalam pertemuan tersebut, Encik Chan dan Jeneral Ukris menegaskan semula hubungan pertahanan dua hala yang erat dan lama terjalin antara Singapura dengan Thailand.





