TEHERAN/WASHINGTON: Iran menutup sementara sebahagian besar ruang udaranya lewat 14 Januari, langkah yang mencetuskan pembatalan, pengalihan laluan serta kelewatan penerbangan antarabangsa, ketika kebimbangan meningkat mengenai kemungkinan tindakan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Teheran.
Penutupan itu dimaklumkan melalui satu notis yang disiarkan di laman Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA), yang menyatakan bahawa ruang udara Iran ditutup kepada semua penerbangan...





