Mempersoal perkara dalam usul yang dibentangkan Ketua Dewan pada 14 Januari yang melibatkan dirinya dan seorang mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, berkata perkara tersebut kelihatan “sangat samar-samar”.
Perkara kelima dalam usul yang dibentangkan Cik Indranee Rajah itu menyeru agar Parlimen mengakui penghakiman Mahkamah Tinggi dan penemuan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) mempunyai implikasi...





