Tatkala Muhammad Amjad Amirul Mohamed Saaid melangkah ke sekolah menengah, dia memasang tekad untuk meningkatkan prestasi mata pelajarannya yang lemah, iaitu Matematik dan Sains.
Dengan kesungguhan yang mendalam, kini kededua mata pelajaran itu menjadi kekuatan pelajar dari Sekolah Menengah Swiss Cottage itu, yang mengambil tiga mata pelajaran sains tulen iaitu fizik, kimia dan biologi.





