WASHINGTON/TEHERAN: Pergolakan berterusan di Iran telah mengorbankan lebih 500 nyawa, menurut kumpulan hak asasi, ketika Teheran memberi amaran akan menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat sekiranya Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, melaksanakan ancaman untuk campur tangan bagi menyokong penunjuk perasaan.
Krisis itu berlaku ketika kepimpinan ulama Republik Islam berdepan demonstrasi terbesar sejak 2022, dengan Encik Trump berulang kali memberi amaran...





