Satu jawatankuasa telah dibentuk bagi meneliti aspek keselamatan dan operasi hab masyarakat City Sprouts di Bedok susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh penyewa dan penduduk setempat, kata Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Encik Tan Kiat How.
Encik Tan, yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC East Coast, berkata walaupun pasukannya tidak terlibat dalam pengurusan ruang tersebut, beliau...





