MANADO: Sekurang-kurangnya 14 orang disahkan maut selepas dihanyutkan banjir kilat yang melanda wilayah Sulawesi Utara, Indonesia, dengan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang diteruskan sehingga Selasa, 6 Januari, kata pihak berkuasa tempatan.
Hujan lebat yang turun sejak awal pagi 5 Januari mencetuskan banjir kilat di Pulau Siau, yang terletak dalam wilayah Siau Tagulandang Biaro, menurut jurucakap agensi penyelamat...





