CARACAS/NEW YORK: Cik Delcy Rodriguez secara rasmi mengangkat sumpah sebagai presiden interim Venezuela dalam satu sidang Parlimen yang tegang, yang dibuka dengan tuntutan agar Amerika Syarikat membebaskan mantan presiden, Encik Nicolas Maduro, daripada tahanan.
Cik Rodriguez, 56 tahun, yang berkhidmat sebagai naib presiden sejak 2018, menyifatkan penahanan Encik Maduro dan isterinya, Cik Cilia Flores, sebagai satu “penculikan” susulan serbuan tentera...





