Pihak penerbitan Gegar Vaganza 12 (GV12) mengakui dengan respons segelintir penonton berhubung isu peribadi melibatkan peserta, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Haji Ahamad, 39 tahun, namun menegaskan perkara tersebut tidak menjadi alasan untuk menggugurkan penyertaan penyanyi itu daripada pertandingan.
Meskipun berdepan desakan netizen agar Nubhan diboikot, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, berkata, sepanjang 10 minggu penyertaan penyanyi itu...





