Pelakon dan penyanyi Malaysia, Erra Fazira, mencuri perhatian ramai apabila meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Ezwan Zain, ketika berada di Tanah Suci, Makkah.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51 tahun, menghadiahkan kejutan manis dengan membawa kek bertulis “Sanah Helwah Ezwan Zain” sambil menyanyikan lagu selamat hari lahir buat suami tersayang.





