KULAI (Johor): Pemilik kenderaan berdaftar Singapura yang tular selepas didakwa menutup dua huruf pada nombor plat kenderaannya bagi mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di sini, telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dan memberi keterangan.
Ketua Polis Daerah Kulai, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Tan Seng Lee, berkata pihaknya telah mengesan individu terbabit, yang memegang status Penduduk Tetap...





