Pada usia 36 tahun, ketika ramai atlet seusianya memilih untuk bertanding sekadar mengisi masa atau sudah berundur sepenuhnya daripada gelanggang, Kasbani Kasmon, masih berani menguji diri di pentas dunia, berdepan atlet lebih besar, lebih berat dan lebih pengalaman.
Bersaing dalam kategori Masters (biasanya atlet berusia 30 tahun ke atas), Kasbani sedar setiap perlawanan menuntut lebih daripada sekadar kekuatan fizikal.





