MOGADISHU: Penduduk Mogadishu keluar mengundi pada 25 Disember dalam pilihan raya majlis perbandaran yang dianggap sebagai langkah penting ke arah pilihan raya nasional secara langsung pertama Somalia dalam tempoh lebih 50 tahun.
Pengundian itu berlangsung di tengah kawalan keselamatan ketat dan boikot oleh sebahagian besar tokoh pembangkang, sekali gus mencerminkan cabaran besar yang masih membayangi peralihan demokrasi negara Afrika Timur...





