Persatuan Ain kini membuka pencalonan bagi Anugerah Ibu Tabah 2026, satu inisiatif bagi menyanjung keberanian dan ketabahan golongan ibu di Singapura yang berjuang melawan penyakit barah, sempena sambutan Hari Ibu tahun hadapan.
Dalam satu kenyataan, persatuan tersebut berkata anugerah berkenaan bertujuan mengetengahkan kisah-kisah luar biasa wanita yang bangkit menghadapi ujian barah dengan kekuatan jiwa, kasih sayang terhadap keluarga serta harapan...





