Tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas dalam serangan pisau di Taipei pada 19 Disember, menurut Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 20 Disember, pejabat itu menambah bahawa ia sedang berhubung dengan pihak penguasa setempat.





