Kabinet baru Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah memulakan tugas selepas mengangkat sumpah jawatan pada 17 Disember, namun perbincangan dan ulasan tentang barisan menteri dan timbalan menteri dilantik masih hangat diperkatakan.
Dengan rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Anwar pada 16 Disember, beliau dilihat membuat percaturan politik dan pentadbiran yang akan mencorak kira-kira dua tahun terakhir pentadbiran...





