Prinsip Islam Rahmatan lil ‘Alamin yang menekankan sifat belas kasihan, rahmat dan keamanan untuk semua tersimpul dalam respons padu pelbagai agama di Singapura terhadap serangan di Pantai Bondi, Australia, baru-baru ini.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, melahirkan rasa gembira dan syukur melihat rakyat Singapura, rakan silang agama dan pertubuhan agama bersatu padu...





