Bangunan Ratthaprasasanaphakdi menempatkan beberapa kementerian kerajaan Thailand, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar Negeri.
Namun dalam Sukan SEA ke-33 kali ini, bangunan di Chaeng Watthana, Bangkok, Thailand, itu memberi peluang kepada para penyokong untuk menyaksikan aksi atlet Sukan Sea dengan lebih dekat. Ini termasuk acara wushu sanda yang dapat ditonton melalui tingkap pejabat mereka.





