Pasukan silat lelaki negara yang dibentuk Muhammad Affiz Mohamed Zakri, Muhammad Nazrul Mohd Kamal dan Muhammadinil Mustafar Mohd Isa terpaksa berpuas hati dengan pingat perak setelah tewas kepada juara bertahan Indonesia 9.965 - 9.935 dalam acara regu putra pada 14 Disember di Dewan Impact Forum di Bangkok.
Kali terakhir Singapura menjuarai acara itu ialah pada Sukan SEA 2019.





