BANGKOK: Rekod nasional yang dicatat pada 12 Disember oleh atlet lompat pagar Singapura, Ang Chen Xiang dan Kerstin Ong, tidak akan diiktiraf selepas isu teknikal dilaporkan berlaku di Stadium Nasional Supachalasai.
Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah dimaklumkan oleh Asian Athletics, sebuah badan induk olahraga di peringkat benua, masalah teknikal pada sistem perakam masa...





