Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, telah memohon maaf kepada mahkamah atas hujahnya dalam satu program terbitan CNA, The Assembly, mengenai kes di mana beliau didapati bersalah berbohong kepada jawatankuasa Parlimen.
Dalam hantaran Facebook pada 13 Disember, Encik Pritam, yang juga ketua Parti Pekerja (WP), berkata: “Saya akui kenyataan saya boleh ditafsir sebagai menghina mahkamah, termasuk mencemar integriti, standard atau keadilan...





