JOHOR BAHRU: Pembangunan pesat Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta prestasi pelaburan yang memberangsangkan telah melonjakkan kedudukan negeri ini sebagai antara hab inovasi kuantum yang berpotensi di rantau Asean.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kedudukan negeri yang strategik serta hubungan rentas sempadan yang kukuh meletakkan Johor pada landasan tepat untuk memacu transformasi kuantum serantau, seiring peranan Malaysia...





