Kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat bagi mengurus dan menyelesaikan aduan awam dengan mandat lebih menyeluruh merangkumi isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penubuhan Ombudsman Malaysia adalah antara beberapa persetujuan penting yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 8 yang dipengerusikannya...





