Cubaan seorang pegawai penguat kuasa melakukan kegiatan pasport terbang atau ‘flying passport’ di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) berjaya dipatahkan hasil tindakan pantas pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
Komander AKPS CIQ BSI, Cik Roszita Dim, berkata kejadian itu dikesan sekitar 11.30 pagi semalam ketika Unit Integriti AKPS menjalankan pemantauan rutin di Dewan...





