Galeri Nasional Singapura (NGS) telah menerima pentauliahan sebagai Pusat Kecemerlangan Seni Penyembuhan pertama di Asia, yang disampaikan satu inisiatif sejagat, Jameel Arts & Health Lab, dengan sokongan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dengan pengiktirafan tersebut, balai seni itu sekali gus menyertai barisan pusat seni cemerlang antarabangsa, iaitu lokasi konsert terbilang, Carnegie Hall, di Bandar New York; dan syarikat tarian nasional Scotland,...





