Beberapa hari selepas penglibatannya dalam acara, Malam Cabaran Presiden, selaku jurulatih bagi seorang pelajar yang membuat persembahan alat muzik Cina, pipa, Encik Chin Yen Chien, digegas kembali ke hospital bagi rawatan barah.
Beliau yang kini dikenali dengan nama Islamnya, Encik Muhammad Shafeeq Chin, 48 tahun, dikesan mengalami leukemia mieloid akut (AML) atau barah darah.





