Pekan Nanas dilihat bakal muncul sebagai kawasan limpahan ekonomi baru hasil pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sekali gus menempatkannya sebagai hab sokongan penting kepada pertumbuhan pesat selatan Johor.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dalam satu jawapan bertulis yang dimuat naik di portal Parlimen pada 2 Disember, menjelaskan meskipun ia tidak termasuk dalam sembilan zon utama di bawah JS-SEZ,...





