NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyampaikan mesej tegas masyarakat antarabangsa dengan meluluskan satu ketetapan yang menyeru penamatan segera pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin sejak 1967 dan menegaskan semula penyelesaian dua negara.
Ketetapan itu, yang digerakkan oleh Jordan, Qatar, Senegal dan beberapa negara lain, menerima sokongan besar dengan 151 undi menyokong, menandakan konsensus diplomatik yang meluas...





