Selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon serta penyanyi Malaysia, Erra Fazira, mengakui tidak mudah mengambil keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga dengan jejaka bergelar Mr E atau nama sebenarnya, Ezwan Zain.
Terdahulu, hubungan pasangan ini mula dihidu media apabila Erra memuat naik ucapan berbaur romantis kepada Mr E, yang juga pemilik rangkaian kedai makan, Kueh Cafe, pada Januari 2025.





