JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan mengenakan tindakan tegas termasuk pendakwaan terhadap individu yang kembali mengamalkan fahaman Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) selepas melalui program taubat dan pemulihan akidah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, berkata Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) sentiasa komited membimbing bekas pengikut yang masih terikat dengan amalan menyeleweng...





