BEIRUT: Paus (Pope) Leo XIV menegaskan penubuhan sebuah negara Palestin merupakan “satu-satunya penyelesaian” bagi menamatkan konflik puluhan tahun antara Israel dengan Palestin, sekali gus mengukuhkan pendirian Vatican dalam isu tersebut.
Kenyataan itu dibuat ketika beliau dalam penerbangan dari Turkey ke Lebanon semasa sidang media dalam pesawat.





