Poliklinik Serangoon, yang merupakan poliklinik terbesar di Singapura, dibuka pada 29 November dengan model penjagaan baru yang antara lain menampilkan pasukan penjagaan kesihatan yang memantau pesakit daripada keluarga yang sama.
Model penjagaan itu juga mengambil pendekatan lebih tersusun untuk menilai dan merawat isu kelemahan fizikal.





