Lebih 600 rakyat Singapura telah memulakan perjalanan pulang dari Hat Yai, selatan Thailand, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 28 November.
Ini, susulan banjir yang meragut puluhan nyawa dan meninggalkan penduduk serta pelancong tanpa bekalan elektrik selama beberapa hari.





