Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menyampaikan ucap takziah kepada mangsa kebakaran di Hong Kong dan berkata beliau amat sedih dengan kehilangan nyawa disebabkan oleh kejadian itu.
Dalam surat yang diutuskan kepada Ketua Eksekutif Hong Kong, Encik John Lee, pada 28 November, Encik Wong berkata ingatannya adalah bersama keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kebakaran di kompleks kediaman Wang Fuk Court.





