HONG KONG: Kebakaran perumahan paling buruk di Hong Kong dalam lebih setengah abad meragut sekurang-kurangnya 55 nyawa, dengan ratusan lagi hilang dan sekitar 900 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.
Pasukan penyelamat bertungkus-lumus memadamkan api dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, menggesa usaha penuh bagi mengurangkan jumlah korban.





