Golongan bujang yang tinggal bersama ibu bapa atau anggota keluarga terdekat kian menunjukkan kecenderungan memiliki rumah sendiri berbanding menyewa.
Dalam Tinjauan Sampel Isi Rumah (SHS) 2023/24 yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 27 November, ia mendapati 80.3 peratus penghuni bujang tidak mempunyai niat atau perancangan jelas untuk berkahwin, namun 66.2 peratus daripada golongan itu mempunyai niat berpindah.





