Syarikat TM Fouzy Travel & Tours Pte Ltd telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam menguruskan jemaah haji dan umrah di Singapura.
Sejak penubuhannya, agensi pelancongan Islam itu beriltizam melestarikan usaha dakwah Allahyarham Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, serta memastikan bimbingan haji selari dengan syariat Islam.





