TEMERLOH (Pahang): Polis menahan dua lelaki termasuk ketua kumpulan ‘Geng Musang’ kerana disyaki terbabit dengan kes mencuri kabel Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan menyebabkan kerugian lebih RM825,000 ($260,584).
Ketua Polis Daerah Temerloh Penolong Pesuruhjaya (ACP) Mohd Nasyim Bahron berkata dua suspek terbabit ditahan pada kira-kira 9 malam, 20 November, di tepi Jalan Kampung Batu Tiga, Jalan Karak, Mentakab,...





