KLUANG: Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Kuala Lumpur akan memulakan operasi secara rasmi pada 12 Disember, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke.
Beliau menambah, perkhidmatan itu akan dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Johor Bahru sehari sebelum ia dibuka kepada awam, iaitu pada 11 Disember.





