Singapura dan Malawi telah menandatangani perjanjian untuk meneroka perdagangan karbon pada masa hadapan, membuka jalan bagi negara ini untuk membeli kredit karbon daripada negara Afrika tenggara tersebut.
Kededua negara kini akan bekerjasama ke arah satu perjanjian pelaksanaan, yang akan membantu Singapura mencapai sasaran iklimnya sambil menyalurkan pembiayaan kepada Malawi.





